KEUNIKAN DVD KULIAH IBRAH SURAH AL-KAHFI :

Penyampaian kandungan secara berstruktur dan dipecahkan mengikut subtopik-subtopik kecil bagi memudahkan pembelajaran anda. Seperti DVD filem, anda boleh memilih untuk menonton subtopik tertentu mengikut kecenderungan semasa Rakaman dilakukan seperti standard rancangan di televisyen, yang membolehkan anda menontonnya di televisyen di rumah, atau ditayangkan di TV LCD masjid dan seumpamanya

Cara penyampaian yang fokus kepada isi dan ibrah, serta tidak meleret-leret, supaya anda dapat menyerap point-point penting Point-point dan kata-kata kunci penting akan dihighlight dalam bentuk teks sepanjang penyampaian berlangsung, dan diselang seli dengan slide powerpoint berkaitan

Metodologi penyampaian :
  • Kekal di dalam suasana pendekatan Al-Quran
  • Tidak menerima sebarang penerangan atau perincian daripada Israiliyyat dan sumber-sumber lain selain Al-Quran dan Al-Hadith yang sahih
  • Memerhatikan keluasan mesej daripada kisah : menghubungkan yang silam dengan konteks semasa
  • Fokus kepada teladan iman, dakwah, jihad, pendidikan dan pandangan kehidupan
Sumber rujukan utama :
  • Min Kunuuz al-Qur’aan karangan Sheikh Solah Abd al-Fattah al-Khalidi
  • Faith vs Materialism karangan Sayyid Abu al-Hasan Ali al-Nadawi
  • Tafseer fee Dhilaal al-Qur’an karangan al-Syaheed Sayyid Qutb


Leave a Reply

Powered by Blogger.