Akhirnya, tepat pada pukul 12 tengah malam tadi, tempahan untuk DVD Ibrah Kisah Ashaab Al-Kahf DITUTUP secara rasmi.

Jumlah unit DVD yang ditempah ialah sebanyak 266 unit. Terima kasih kepada semua individu yang membuat tempahan, semoga DVD ini mampu membantu anda menghidupkan sunnah membaca dan mentadabbur isi kandungan Surah Al-Kahfi pada setiap Jumaat mendatang.

Tim produksi DVD ini masih dalam proses menyunting rakaman ini, dan insyaAllah akan disiapkan, seterusnya diposkan selewat-lewatnya pada 21 September 2012 nanti. Sementara menunggu DVD ini tiba, kami akan emelkan sedutan rakaman dan video ucapan terima kasih daripada Ustaz Hasrizal Abdul Jamil.

InsyaAllah, selepas ini, kami akan mula merancang pembikinan kisah yang mendapat tempat ke-2 dalam POLL yang dilancarkan dahulu, iaitu Kisah Dzulqarnain.

Nantikan berita baik daripada kami!


Tim Produksi
DVD Ibrah Kisah Ashaab Al-Kahf


Powered by Blogger.